Tuesday, December 25, 2012

KERAJAAN DAN SWASTA ?

Kebelakangan nih aku selalu buat perbandingan secara langsung dan tidak langsung untuk dua benda alah yang selalu aku dengar. Kekadang penat dengan kisaran setiap manusia tentang pengetahuan mereka berkaitan swasta dan kerajaan.

Yang pasti disini, aku nak tekankan pasal pekerjaan atau kerja atau kerjaan atau apa apalah yang berkaitan dengan kata dasar 'kerja' . Pekerja swasta / pekerja kerajaan. Bekerja dengan swasta / bekerja dengan kerajaan.

Aku ? Aku bekerja sebagai Jurupilh Perubatan Anggota (Fisioterapi) di hospital kerajaan. So means, aku government servant ! =)

Straight to the point, hari tu aku sempat pergi keluar lepaklepak makanmakan dengan my evergreen bff di kedai makan tempat biasa *as usual akan cakap macam nih. ihik!* sempat berborak bercerita berdiskusi pasal mereka yang bekerja dibawah jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Macam selalu, orang kata kehidupan lebih terjamin dudk kerja dengan kerajaan nih, yang tuh aku tak nafikan. cukuplah nak makan sebualn duit gaji tuh, kalau nak kata lebih, memang idak lerrr *perak sikit* Haha . Kami samasama bersetuju dengan penyataan "orang kerja dengan kerajaan nih, kerja lebih gigih sebab dorang tau, bilabila masa boleh kena buang kerja sebab kualiti sangat dititikberatkan. Lepas tuh nak fikir masuk dapat kerja pun satu hal bagi yang ada diploma dalam bidang tertentu tapi tak dapat tajaan kerajaan. Habis belajar kena hantar resume sana sini *first time aku tengok resume dia aku cakap "oh ! macam nih buat resume?" hehe. Aku tak pernah tahu macam mana nak buat benda alah tuh. aku tahu habishabis belajar terus kerjaaaaaaa"

'sahabat' aku pun kerja swasta. Aku kagum dengan mereka yang kerja dengan bukan kerajaan nih. Pekerja kerajaan bukan ada kualiti sangat pun dalam kerja **bukan semua tapi ramai** sebab ? Sebab aku pernah alami sendiri, ini lebih kepada masalah nilai dan etika individu tuh sendiri. Nak cakap banyak pun rasanya masyarakat pun pernah alami benda sama kan. sebagai contoh, nak pergi Klinik Kesihatan pun, lebih ramai rasanya yang memilih untuk pergi klinik kesihatan swasta sebab servis cepat dan layanan selalunya UP lagi laah =) *sebab aku pun pernah rasa jugak yang nih*

Orang sekeliling aku pun ada cakap "kerja dengan swasta nih belum tentu jamin masa depannya"
eh ehh kejapkejap ! Berbalik kepada individu jugak lah yeeeee~ kalau dia kerja tak elok, dengan kerajaan pun boleh kena buang kerja. hehe :D

Aku kagum sebab orang yang kerja terukteruk swasta nih, kerja kilang ke, kerja apaapa lahh, gigih dorang kerja banding yang kerja gaji bulan, kualiti kemana entah tapi yakin sebab tiap bulan gaji masuk walaupun kerja 5/6 jam sehari. 10 hari sebulan *pendek kata : CURI TULANG*

so takpayah nak bangga sangat kau kerja dengan kerajaan sebab yang hakikinya kau kerja kerana Allah, Fikir balik berkat tak berkat gaji kau tuh. Hasil duit gaji buat beli makanan, makanan jadi darah daging. Risau woohh !

TAKPAYAH NAK PANDANG SELEKEH SANGAT DENGAN YANG BUKAN KERJA KERAJAAN NI ;)



No comments: