Tuesday, December 25, 2012

KERAJAAN DAN SWASTA ?

Kebelakangan nih aku selalu buat perbandingan secara langsung dan tidak langsung untuk dua benda alah yang selalu aku dengar. Kekadang penat dengan kisaran setiap manusia tentang pengetahuan mereka berkaitan swasta dan kerajaan.

Yang pasti disini, aku nak tekankan pasal pekerjaan atau kerja atau kerjaan atau apa apalah yang berkaitan dengan kata dasar 'kerja' . Pekerja swasta / pekerja kerajaan. Bekerja dengan swasta / bekerja dengan kerajaan.

Aku ? Aku bekerja sebagai Jurupilh Perubatan Anggota (Fisioterapi) di hospital kerajaan. So means, aku government servant ! =)

Straight to the point, hari tu aku sempat pergi keluar lepaklepak makanmakan dengan my evergreen bff di kedai makan tempat biasa *as usual akan cakap macam nih. ihik!* sempat berborak bercerita berdiskusi pasal mereka yang bekerja dibawah jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Macam selalu, orang kata kehidupan lebih terjamin dudk kerja dengan kerajaan nih, yang tuh aku tak nafikan. cukuplah nak makan sebualn duit gaji tuh, kalau nak kata lebih, memang idak lerrr *perak sikit* Haha . Kami samasama bersetuju dengan penyataan "orang kerja dengan kerajaan nih, kerja lebih gigih sebab dorang tau, bilabila masa boleh kena buang kerja sebab kualiti sangat dititikberatkan. Lepas tuh nak fikir masuk dapat kerja pun satu hal bagi yang ada diploma dalam bidang tertentu tapi tak dapat tajaan kerajaan. Habis belajar kena hantar resume sana sini *first time aku tengok resume dia aku cakap "oh ! macam nih buat resume?" hehe. Aku tak pernah tahu macam mana nak buat benda alah tuh. aku tahu habishabis belajar terus kerjaaaaaaa"

'sahabat' aku pun kerja swasta. Aku kagum dengan mereka yang kerja dengan bukan kerajaan nih. Pekerja kerajaan bukan ada kualiti sangat pun dalam kerja **bukan semua tapi ramai** sebab ? Sebab aku pernah alami sendiri, ini lebih kepada masalah nilai dan etika individu tuh sendiri. Nak cakap banyak pun rasanya masyarakat pun pernah alami benda sama kan. sebagai contoh, nak pergi Klinik Kesihatan pun, lebih ramai rasanya yang memilih untuk pergi klinik kesihatan swasta sebab servis cepat dan layanan selalunya UP lagi laah =) *sebab aku pun pernah rasa jugak yang nih*

Orang sekeliling aku pun ada cakap "kerja dengan swasta nih belum tentu jamin masa depannya"
eh ehh kejapkejap ! Berbalik kepada individu jugak lah yeeeee~ kalau dia kerja tak elok, dengan kerajaan pun boleh kena buang kerja. hehe :D

Aku kagum sebab orang yang kerja terukteruk swasta nih, kerja kilang ke, kerja apaapa lahh, gigih dorang kerja banding yang kerja gaji bulan, kualiti kemana entah tapi yakin sebab tiap bulan gaji masuk walaupun kerja 5/6 jam sehari. 10 hari sebulan *pendek kata : CURI TULANG*

so takpayah nak bangga sangat kau kerja dengan kerajaan sebab yang hakikinya kau kerja kerana Allah, Fikir balik berkat tak berkat gaji kau tuh. Hasil duit gaji buat beli makanan, makanan jadi darah daging. Risau woohh !

TAKPAYAH NAK PANDANG SELEKEH SANGAT DENGAN YANG BUKAN KERJA KERAJAAN NI ;)



Sunday, December 23, 2012

WANITA DAN MATERIALISTIK

KAMUS DEWAN EDISI EMPAT :
'matérialistik berkaitan dgn ke­bendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan'

teringat bila aku membicarakan ini dengan 'sahabat' ku, dia membidas setiap kenyataan ku sepertinya aku sedang menegakkan benang yang basah.

"alahh ! semua perempuan memang materialistik, its a fact" @_@



cliche bukan? selalu sangat dengar dan terbaca kenyataan ini. aku duduk berfikir sejenak. Is that a real fact that can't be deny at all? Hmm! Entahlah. sahabat aku berkata lagi "cara setiap wanita mengawalnya yang membezakan betapa materialistiknya dia" *lebih kurang macam nih lah kenyataannya (:

Ya ! aku mengakui kekadang aku punya keinginan untuk memiliki apa yang orang lain miliki. Punya kereta, aku juga mahu ! alhamduluillah kini aku punya sebijik kereta. Rumah? Aku juga mahu ! Insyaallah dalam wishlist tahun 2013. Aku juga ingin memiliki gajet seperti apa yang orang lain miliki. Adakah aku juga dilabel sebagai materialistk? Entah. Kalian mungkin bisa mentafsirkannya. Tapi sejujurnya, apa yang disebut sebagai bersifat kebendaan itulah yang membuatkan aku lebih gigih berusaha dengan usaha sendiri untuk mendapatklannya. Sanggup nih ambil jadual oncall member lain yang tak mahu buat kerja lebih masa hujung minggu. Alhamdulillah, duit claim oncall aku simpan (: Aku punya target sendiri, cara sendiri untuk mendapatkan apa yang aku inginkan.

Sepertinya aku sering memujujk si 'sahabat' menukar kerja yang lebih baik, tidak lebih tidak kurang semuanya aku lakukan untuk kesenangannya. Aku tidak mendesaknya cuma ingin membakar semangatnya dan membuat dia rasa tercabar. Lain pula penerimaanya (: Aku faham, bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan kerja seperti yang diinginkan. Aku sering sahaja bergurau meminta duit setiap bulan *duit gajinya* , kekadang meminta dia menambah nilai telefon bimbitku (: adakah ini juga dilabel sebagai materialistik?

'sahabat', aku merinduimu :')

KEHENDAK-NYA

SEMUA BERLAKU DENGAN KEHENDAK-NYA
Bengang ! satu entry siap untuk di-post, entah mana silapnya entry hilang kemana pun tak tahu. Rasa nak mencarut pun ada.Tarik nafas dalamdalam hembus perlahanlahan. ‘Ya Allah, mana pulak entry tadi nih. Tadi sudah siap save, tinggal post seja lagi’ Aku makin petah berbicara, jejariruncing mula berlari laju pada papan kekunci. Masih meletak harapan akan menjumpai entry tadi. Selesai sepuluh minit. SEPULUH MINIT OKEH?! Putusasa ~_~ rasa mahu menangis pun ada T_T, kemudian aku berfikir sejenak, “Bila Allah tidak mengingikan sesuatu, pasti tidak Dia membenarkannya berlaku” dan AKU REDHA (:
PSST : sebenarnya entry aku yang lepas tu tajuknya BERTUHANKAN CINTA. Entry pasal segilintir anak muda yang cintanya pada bukan yang sepatutnya sehingga taksub. Aku jelek melihat senario ini. Cukup sampai disini. *tidak mahu entry ini hilang lagi jika aku terus bercerita perihal orang lain -,-*

#JIKA ALLAH TIDAK PERKENAN IA UNTUK BERLAKU, MAKA IA MUSTAHIL UNTUK BERLAKU.

SINGKAT

Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaa tidak ber-blog ! kurang seminggu mahu setahun tidak update entry. *kau bukan ada follower pun rubi!* Idea sering berlegar legar pada ruang minda namun masa sangat mencemburui. Kerja yang berlambak lebih cempuru padaaku sebenarnya. Tahun 2012 yang penuh suka duka gembira tangis tawa sedih. Aku menjad isemakin berusia untuk tahuntahun berikutnya. Semoga aku menjadi khalifah yang lebih mengagungkan PenciptaKu. Amin -.-
2013. Mahu bisa lebih aktif selepas ini. Sekeliling aku punya cerita, akan aku kongsi luah hampir semuanya disini kerana aku semakin malas mencoret pada buku. Ingin menjerit pada masyarakat sepertinya kurang siuman, maka aku akan berbicara dengan jejariruncing lincah menekan kekunci = update entry !
InShaaAllah ;)