Hari ni dapat peluang pegi "sambutan Hari Kesihatan Mental" di Hospital Duchess of Sandakan plus kursus :) sekali selam jer terus minum air . Alhamdulillah baki dua hari je lagi nak cukupkan kursus selama seminggu . *hujung2 tahun camnihh mmg bulan berkursus jela*
Tadi dapat talk dr speaker2 yang dah well known . Untunglahhh dapat dengar talk dr dorang2 nihh lagi . Pakar Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak serta Pakar psikiatri . Saja nak tegaskan stigma masyarakat tentang gelaran yang diberi pada mereka ( pesakit psikiatri ) iaitu Orang gila. Banyak lagi gelaran yang lain tapi nih je yang saya ingat . Kami sempat buat lawatan ke wad psikiatri . Tak dapat amik gambar sebab privasi pesakit diutamakan :) masuk2 wad nampak sebaris ayat yang membawa makna begitu mendalam bagi setiap pesakit " Kasih Sayang Dan Sokongan Adalah Rawatan Terbaik Buat Kami " . Nampak jelas peranan ahli keluarga dan masyarakat dalam membantu golongan nih . Disini mereka terima rawatan secara fizikal dan psikologi bagi membantu mengurangkan simptom2 yang mendorong mereka melakukan sesuatu diluar jangkaan . Physchoeducation diberi olleh jururawat yang merangkumi 5 modul iaitu tentang penyakit, rawatan, relapse ( penyakit berulang ), cara merawat dan gaya hidup sihat . Modul diberi setiap hari mengikut keadaan pesakit dan hanya memerlukan 10minit dan tidak lebih ( pesakit psikiatri tidak akan memberi respon positif selepas jangka masa tersebut ) hee :)
Sekarang nih komuniti punyai lebih kesedaran sivik dalam member perkhidmatan perawatan psikiatri "Community Mental Health Team" Mereka memberi perkhidmatan KesihatanMental berasaskan komuniti untuk merawat dan membantu orang yang mengalami gangguan mental. Sistem penjagaan ini mengutamakan perkhidmatan yang berterusan dan menyeluruh untuk menangani keperluan klinikal dan psikososial pesakit mental yang kronik. Skop perawatan yang diberikan adlah rawatan dan lawatan rumah melalui klinik.
Peranan mereka :
1. membuat penilaian melaui risiko, gejala, keperluan, kepatuhan rawatan dan peningkatan kemajuan pesakit
2. memberi rawatan dan kenalpasti sebarang permasalahan
3. intervensi psikososial ( tahap pemulihan ) dan sokongan praktikal ( rawatan segera di rumah )
4. memberi pendidikan ( psychcoeducation ) kepada pesakit dan keluarga pesakit
5. lawatan dan rawatn susulan di rumah
Masyarakat la yang perlu banyak membantu bagi golongan nih . Jangan terlalu lekat pada stigma yang mereka nih pesakit psikiatri adalah pembawa masalah, lebih ada buruk banding baik . Renung- renungkan :)
**kajian ada menunjukkan stress salah satu penyumbang kepada masalah mental . Strees managemant is important !
No comments:
Post a Comment