Wednesday, December 21, 2011

Syurga Dunia

#WOOW ! nampak sangat berhabuk dan bersawang blog nih. Tiada masa yang cukup untuk buat entry walaupun idea tuh ada dalam akal kotak fikiran. Kali ni bercerita pasal jodoh dan binaan masjid antara dua insan berlainan jantina dengan barakah Allah. InsyaAllah.


Ya, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?

1. Beruasaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, cpanggilan telefon, pujian dan lain2), senang pula untuk dipersiakan.

3. Berkawan dengan rakan- rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin dalam kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh- soleh juga. Jelaskan dengan niat bahwa itu bukan matlamat tapi wasilah semata- mata.

4. Jika nada terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda dimatanya.

5. Minta ibu bapa, abang atau saudara- marayang men carikan untuk anda.

6. Jiak anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berduaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi  fitnah itu adalah cara ynang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

#just sharing =)

2 comments:

fatin said...

nice.....keep it up my dear.:)

rubi.is.me. said...

wahhh ! tq dear =) keep commenting =D