Kali ini bercerita tentang perancangan keluarga pula. Kajian yang dibuat hanya bagi mengkaji kebaikan merancang keluarga, tetapi tidak pernah mengkaji keburukan merancang untuk menghadkan keluarga. Di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, jumlah orang islam hanyalah 60% lebih. Jumlah itu termasuk orang yang ditahan di pusat serenti, yang terlibat dengan pelbagai jenayah, gejala sosial, menghidap penyakit AIDS dan sebagainya. Bakinya pula hanya beberapa peratus sahaja yang betul- betul menghayati ajaran Islam. Apatah lagi lebih sedikit lagi yang bergerak dan bekerja untuk Islam.
Peratusan orang Islam yang sangat tinggi penting untuk menjamin kekuasaan politik dan jumlah pengundi agar tidak dikuasai oleh orang bukan Islam. Semakin bertambah jumlah orang bukan Islam, ditambah pula semakin kuat cengkaman ekonomi meraka akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku. Lihat sahaja jumlah kerusi yang mereka peroleh semakin banyak dalam parlimen dan suara mereka semakin kuat. Golongan inikah yang diharapkan membela dan memperjuangkan Islam di Malaysia? MUSTAHIL! Maka, pengehadan keluarga berbahaya untuk orang Islam. Itu bukan baru dari aspek politik dan ekonomi. Banyak lagi keburukan kalau dikaji dan diteliti secara mendalam daripada nbanyak aspek.
TENTANG MERANCANG KELUARGA
1 -- Islam menggalakkan pertambahan penduduk kerana pertambahan penduduk akan menguatkan umat Islam
2 -- Perancangan keluarga dibolehkan apabila terdapat keperluan mendesak. Keharusan tersebut bersyarat teknik pengguguran yang digunakan itu adalah diharuskan oleh syarak
3 -- Haram menggubal undang- undang yang mewajibkan rakyat membataskan atau menghadkan jumlah kelahiran
#CREDIT TO DENYUT KASIH MEDIK
No comments:
Post a Comment