Thursday, December 22, 2011

Mahar

Lagi cerita pasal Syurga Dunia =) #wink2

Saya yakin dan pasti semua tahu apa itu mahar kann kan kaaan ? Kali nak cerita lebih pasal mahar ataupun mas kahwin.

**Menurut shaleh bin Ghanim al-Sadlan dalam buku "Mahar dan Walimah", mahar atau mas kahwin merupakan hak yang ditentukan oleh syariah untuk wanita sebagai ungkapan hasrat kepada calon isterinya, dan juga sebagai tanda cinta kasih serta ikatann tali kesuciannya.

**Mahar juga disebut oleh al-Quran sebagai shidaq yang melambangkan bukti kesungguhan cinta yang dipersembahkan oleh lelaki kepada bakal teman hidupnya.

**Kesungguhannya keinginan lelaki untuk menikahi seorang wanita bukan diukur pada setinggi mana mahar yang mampu diberikan olehnya tetapi pada setinggi mana keikhlasan dan kerelaan hatinya dalam memberi mahar tersebut sama ada banyak atau sedikit. Firman Allah SWT: "Berilah mahar kepada wanita-wanita yang kaian semua nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian semua sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan)  yang sedap lagi baik akibatnya" Surah al=Nisa' 4:4

**Mahar menjadi syarat sah dalam perkahwinan. Ia boleh dibayar ketika akad ataupun diberi tempoh masa (selepas akad)

**Mahar menjadi hak isteri sepenuhnya dan kewajipan ke atas suami. suami tidak berhak mengurangkan nilainya sedikit pun kecuali dengan kerelaan isteri.

**Tiada batas minimum atau maksimum dalam mahar. Namun, makruh terlalu memberatkannya menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan lain- lain:

Dalilnya ::

i -- Rasulullah SAW bersabda : "carilah mahar walaupun sekadar cincin besi" (riwayat al-Bukhari Muslim)

ii -- Rasulullah SAW bersaba lagi : "barangsiapa membayar dengan nilai satu dirham, maka ia telah sah nikahnya" (Riwayat Abu Daud)

iii -- Saidina Ali berkata : "sesungguhnya aku benci kepada mas kahwin yang kurang daripada sepuluh dirham. Hal ini kerana jangan sampai menyerupai mas kahwin pelacur"

iv -- Suatu kisah yang masyur walapun ada di kalangan ulama yang menolaknya ialah kisah Umar melarang meletakkan mahar melebihi 40 mata wang perak. Seorang wanita bangun membantahnya dengan berdalilkan Surah al-Nisa', ayat 20. Umar lalu membenarkan wanita itu

**Mahar tidak semestinya dalam bentuk material. Ia boleh dilakukan dalam bentuk syarat masuk islam seperti mahar Ummu Sulaim kepada Abu Talhah, perkhidmatan mengembala kambing selama beberapa tahun  seperti mahar Nabi Musa ke atas puteri Nabi syuaib dan sebagainya.

**Maksdu memberatkan mahar ialah meminta di luar batas kemampuan calon suami atau lebih tinggi berbanding adat masyarakat.

**Sebaik- baik mahar ialah besederhana. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi sebagaimana mahar Rasulullah SAW kepada isteri- isterinya

Dalilnya ::


i -- Abu Salamah telah bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a "berapa mas kahwin yang dibayar oleh Rasulullah SAW?" Beliau menjawab "mas kahwiin yang diberikannya kepada isteri- isterinya adalah dua belas uqiyah dan satu nasy (bersamaan dengan 5oo dirham atau 1/4 dinar atau RM1oo menurut nilai harga emas 916, 22 karat semasa)"

ii -- Menurut riwayat, Rasulullah SAW tidak pernah memberikan mahar melebihi 12 uqiyah kecuali mahar Ummu Habibah kerana Raja Najasyi yang membayar mahar tersebut bagi pihak Rasulullah SAW. Nilainya ialah 4ooo dirham.

#semua ini untuk memudahkan binaan masjid ataupun syurga dunia =) InsyaAllah. Islam tidak pernah membebankan penganutnya. SubhanaAllah.

CREDIT TO "DENYUT KASIH MEDIK"

3 comments:

fAtiniZzati said...

Wow!!! Mostly pasal kawin.haha.mmg sah kna wajib kwin da ko ni.haha

ain akasyah said...

dapat senaskah AL-QURAN pun dah cukup :)

rubi.is.me. said...

ivy ! Hehe. belum masanya lagi =)

ainol akasyah_itu lebih daripada cukup. InsyaAllah :)