Wednesday, December 28, 2011

” La Tahzan Innalloha Ma’ana”

^____________^ senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan. SubhanaAllah. Allah menjanjikan jodoh yang terbaik buat segenap makhlukNya. Dia menciptakan jantan betina, lelaki dan wanita berbeza untuk disamakan dan diHalalkan bagiNya. Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya. Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.






Sebelum dia halal bagiku, aku berdoa berharap semoga dia melengkapkan dirinya untuk menjadi pengemudi layar bahtera kami dan anak2 kami. InsyaAllah. 

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin


Lagi janji Allah untuk mereka yang ingin berkahwin :)

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
.
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)


7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin-berkahwin/#ixzz1hrm7P3Gl
 






Friday, December 23, 2011

Merancang keluarga

Kali ini bercerita tentang perancangan keluarga pula.  Kajian yang dibuat hanya bagi mengkaji kebaikan merancang keluarga, tetapi tidak pernah mengkaji keburukan merancang untuk menghadkan keluarga. Di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, jumlah orang islam hanyalah 60% lebih. Jumlah itu termasuk orang yang ditahan di pusat serenti, yang terlibat dengan pelbagai jenayah, gejala sosial, menghidap penyakit AIDS dan sebagainya. Bakinya pula hanya beberapa peratus sahaja yang betul- betul menghayati ajaran Islam. Apatah lagi lebih sedikit lagi yang bergerak dan bekerja untuk Islam.

Peratusan orang Islam yang sangat tinggi penting untuk menjamin kekuasaan politik dan jumlah pengundi agar tidak dikuasai oleh orang bukan Islam. Semakin bertambah jumlah orang bukan Islam, ditambah pula semakin kuat cengkaman ekonomi meraka akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku. Lihat sahaja jumlah kerusi yang mereka peroleh semakin banyak dalam parlimen dan suara mereka semakin kuat. Golongan inikah yang diharapkan membela dan memperjuangkan Islam di Malaysia? MUSTAHIL! Maka, pengehadan keluarga berbahaya untuk orang Islam. Itu bukan baru dari aspek politik dan ekonomi. Banyak lagi keburukan kalau dikaji dan diteliti secara mendalam daripada nbanyak aspek.

TENTANG MERANCANG KELUARGA

1 -- Islam menggalakkan pertambahan penduduk kerana pertambahan penduduk akan menguatkan umat Islam

2 -- Perancangan keluarga dibolehkan apabila terdapat keperluan mendesak. Keharusan tersebut bersyarat teknik pengguguran yang digunakan itu adalah diharuskan oleh syarak

3 -- Haram menggubal undang- undang yang mewajibkan rakyat membataskan atau menghadkan jumlah kelahiran

#CREDIT TO DENYUT KASIH MEDIK

Thursday, December 22, 2011

Mahar

Lagi cerita pasal Syurga Dunia =) #wink2

Saya yakin dan pasti semua tahu apa itu mahar kann kan kaaan ? Kali nak cerita lebih pasal mahar ataupun mas kahwin.

**Menurut shaleh bin Ghanim al-Sadlan dalam buku "Mahar dan Walimah", mahar atau mas kahwin merupakan hak yang ditentukan oleh syariah untuk wanita sebagai ungkapan hasrat kepada calon isterinya, dan juga sebagai tanda cinta kasih serta ikatann tali kesuciannya.

**Mahar juga disebut oleh al-Quran sebagai shidaq yang melambangkan bukti kesungguhan cinta yang dipersembahkan oleh lelaki kepada bakal teman hidupnya.

**Kesungguhannya keinginan lelaki untuk menikahi seorang wanita bukan diukur pada setinggi mana mahar yang mampu diberikan olehnya tetapi pada setinggi mana keikhlasan dan kerelaan hatinya dalam memberi mahar tersebut sama ada banyak atau sedikit. Firman Allah SWT: "Berilah mahar kepada wanita-wanita yang kaian semua nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian semua sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan)  yang sedap lagi baik akibatnya" Surah al=Nisa' 4:4

**Mahar menjadi syarat sah dalam perkahwinan. Ia boleh dibayar ketika akad ataupun diberi tempoh masa (selepas akad)

**Mahar menjadi hak isteri sepenuhnya dan kewajipan ke atas suami. suami tidak berhak mengurangkan nilainya sedikit pun kecuali dengan kerelaan isteri.

**Tiada batas minimum atau maksimum dalam mahar. Namun, makruh terlalu memberatkannya menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan lain- lain:

Dalilnya ::

i -- Rasulullah SAW bersabda : "carilah mahar walaupun sekadar cincin besi" (riwayat al-Bukhari Muslim)

ii -- Rasulullah SAW bersaba lagi : "barangsiapa membayar dengan nilai satu dirham, maka ia telah sah nikahnya" (Riwayat Abu Daud)

iii -- Saidina Ali berkata : "sesungguhnya aku benci kepada mas kahwin yang kurang daripada sepuluh dirham. Hal ini kerana jangan sampai menyerupai mas kahwin pelacur"

iv -- Suatu kisah yang masyur walapun ada di kalangan ulama yang menolaknya ialah kisah Umar melarang meletakkan mahar melebihi 40 mata wang perak. Seorang wanita bangun membantahnya dengan berdalilkan Surah al-Nisa', ayat 20. Umar lalu membenarkan wanita itu

**Mahar tidak semestinya dalam bentuk material. Ia boleh dilakukan dalam bentuk syarat masuk islam seperti mahar Ummu Sulaim kepada Abu Talhah, perkhidmatan mengembala kambing selama beberapa tahun  seperti mahar Nabi Musa ke atas puteri Nabi syuaib dan sebagainya.

**Maksdu memberatkan mahar ialah meminta di luar batas kemampuan calon suami atau lebih tinggi berbanding adat masyarakat.

**Sebaik- baik mahar ialah besederhana. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi sebagaimana mahar Rasulullah SAW kepada isteri- isterinya

Dalilnya ::


i -- Abu Salamah telah bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a "berapa mas kahwin yang dibayar oleh Rasulullah SAW?" Beliau menjawab "mas kahwiin yang diberikannya kepada isteri- isterinya adalah dua belas uqiyah dan satu nasy (bersamaan dengan 5oo dirham atau 1/4 dinar atau RM1oo menurut nilai harga emas 916, 22 karat semasa)"

ii -- Menurut riwayat, Rasulullah SAW tidak pernah memberikan mahar melebihi 12 uqiyah kecuali mahar Ummu Habibah kerana Raja Najasyi yang membayar mahar tersebut bagi pihak Rasulullah SAW. Nilainya ialah 4ooo dirham.

#semua ini untuk memudahkan binaan masjid ataupun syurga dunia =) InsyaAllah. Islam tidak pernah membebankan penganutnya. SubhanaAllah.

CREDIT TO "DENYUT KASIH MEDIK"

Wednesday, December 21, 2011

Syurga Dunia

#WOOW ! nampak sangat berhabuk dan bersawang blog nih. Tiada masa yang cukup untuk buat entry walaupun idea tuh ada dalam akal kotak fikiran. Kali ni bercerita pasal jodoh dan binaan masjid antara dua insan berlainan jantina dengan barakah Allah. InsyaAllah.


Ya, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?

1. Beruasaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, cpanggilan telefon, pujian dan lain2), senang pula untuk dipersiakan.

3. Berkawan dengan rakan- rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin dalam kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh- soleh juga. Jelaskan dengan niat bahwa itu bukan matlamat tapi wasilah semata- mata.

4. Jika nada terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda dimatanya.

5. Minta ibu bapa, abang atau saudara- marayang men carikan untuk anda.

6. Jiak anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berduaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi  fitnah itu adalah cara ynang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

#just sharing =)