Kebelakangan nih aku selalu buat perbandingan secara langsung dan tidak langsung untuk dua benda alah yang selalu aku dengar. Kekadang penat dengan kisaran setiap manusia tentang pengetahuan mereka berkaitan swasta dan kerajaan.
Yang pasti disini, aku nak tekankan pasal pekerjaan atau kerja atau kerjaan atau apa apalah yang berkaitan dengan kata dasar 'kerja' . Pekerja swasta / pekerja kerajaan. Bekerja dengan swasta / bekerja dengan kerajaan.
Aku ? Aku bekerja sebagai Jurupilh Perubatan Anggota (Fisioterapi) di hospital kerajaan. So means, aku government servant ! =)
Straight to the point, hari tu aku sempat pergi keluar lepaklepak makanmakan dengan my evergreen bff di kedai makan tempat biasa *as usual akan cakap macam nih. ihik!* sempat berborak bercerita berdiskusi pasal mereka yang bekerja dibawah jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Macam selalu, orang kata kehidupan lebih terjamin dudk kerja dengan kerajaan nih, yang tuh aku tak nafikan. cukuplah nak makan sebualn duit gaji tuh, kalau nak kata lebih, memang idak lerrr *perak sikit* Haha . Kami samasama bersetuju dengan penyataan "orang kerja dengan kerajaan nih, kerja lebih gigih sebab dorang tau, bilabila masa boleh kena buang kerja sebab kualiti sangat dititikberatkan. Lepas tuh nak fikir masuk dapat kerja pun satu hal bagi yang ada diploma dalam bidang tertentu tapi tak dapat tajaan kerajaan. Habis belajar kena hantar resume sana sini *first time aku tengok resume dia aku cakap "oh ! macam nih buat resume?" hehe. Aku tak pernah tahu macam mana nak buat benda alah tuh. aku tahu habishabis belajar terus kerjaaaaaaa"
'sahabat' aku pun kerja swasta. Aku kagum dengan mereka yang kerja dengan bukan kerajaan nih. Pekerja kerajaan bukan ada kualiti sangat pun dalam kerja **bukan semua tapi ramai** sebab ? Sebab aku pernah alami sendiri, ini lebih kepada masalah nilai dan etika individu tuh sendiri. Nak cakap banyak pun rasanya masyarakat pun pernah alami benda sama kan. sebagai contoh, nak pergi Klinik Kesihatan pun, lebih ramai rasanya yang memilih untuk pergi klinik kesihatan swasta sebab servis cepat dan layanan selalunya UP lagi laah =) *sebab aku pun pernah rasa jugak yang nih*
Orang sekeliling aku pun ada cakap "kerja dengan swasta nih belum tentu jamin masa depannya"
eh ehh kejapkejap ! Berbalik kepada individu jugak lah yeeeee~ kalau dia kerja tak elok, dengan kerajaan pun boleh kena buang kerja. hehe :D
Aku kagum sebab orang yang kerja terukteruk swasta nih, kerja kilang ke, kerja apaapa lahh, gigih dorang kerja banding yang kerja gaji bulan, kualiti kemana entah tapi yakin sebab tiap bulan gaji masuk walaupun kerja 5/6 jam sehari. 10 hari sebulan *pendek kata : CURI TULANG*
so takpayah nak bangga sangat kau kerja dengan kerajaan sebab yang hakikinya kau kerja kerana Allah, Fikir balik berkat tak berkat gaji kau tuh. Hasil duit gaji buat beli makanan, makanan jadi darah daging. Risau woohh !
TAKPAYAH NAK PANDANG SELEKEH SANGAT DENGAN YANG BUKAN KERJA KERAJAAN NI ;)
Tuesday, December 25, 2012
Sunday, December 23, 2012
WANITA DAN MATERIALISTIK
KAMUS DEWAN EDISI EMPAT :
'matérialistik berkaitan dgn kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan'
teringat bila aku membicarakan ini dengan 'sahabat' ku, dia membidas setiap kenyataan ku sepertinya aku sedang menegakkan benang yang basah.
"alahh ! semua perempuan memang materialistik, its a fact" @_@
cliche bukan? selalu sangat dengar dan terbaca kenyataan ini. aku duduk berfikir sejenak. Is that a real fact that can't be deny at all? Hmm! Entahlah. sahabat aku berkata lagi "cara setiap wanita mengawalnya yang membezakan betapa materialistiknya dia" *lebih kurang macam nih lah kenyataannya (:
Ya ! aku mengakui kekadang aku punya keinginan untuk memiliki apa yang orang lain miliki. Punya kereta, aku juga mahu ! alhamduluillah kini aku punya sebijik kereta. Rumah? Aku juga mahu ! Insyaallah dalam wishlist tahun 2013. Aku juga ingin memiliki gajet seperti apa yang orang lain miliki. Adakah aku juga dilabel sebagai materialistk? Entah. Kalian mungkin bisa mentafsirkannya. Tapi sejujurnya, apa yang disebut sebagai bersifat kebendaan itulah yang membuatkan aku lebih gigih berusaha dengan usaha sendiri untuk mendapatklannya. Sanggup nih ambil jadual oncall member lain yang tak mahu buat kerja lebih masa hujung minggu. Alhamdulillah, duit claim oncall aku simpan (: Aku punya target sendiri, cara sendiri untuk mendapatkan apa yang aku inginkan.
Sepertinya aku sering memujujk si 'sahabat' menukar kerja yang lebih baik, tidak lebih tidak kurang semuanya aku lakukan untuk kesenangannya. Aku tidak mendesaknya cuma ingin membakar semangatnya dan membuat dia rasa tercabar. Lain pula penerimaanya (: Aku faham, bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan kerja seperti yang diinginkan. Aku sering sahaja bergurau meminta duit setiap bulan *duit gajinya* , kekadang meminta dia menambah nilai telefon bimbitku (: adakah ini juga dilabel sebagai materialistik?
'sahabat', aku merinduimu :')

KEHENDAK-NYA
SEMUA BERLAKU DENGAN KEHENDAK-NYA
Bengang ! satu entry siap untuk di-post, entah mana silapnya entry hilang kemana pun tak tahu. Rasa nak mencarut pun ada.Tarik nafas dalamdalam hembus perlahanlahan. ‘Ya Allah, mana pulak entry tadi nih. Tadi sudah siap save, tinggal post seja lagi’ Aku makin petah berbicara, jejariruncing mula berlari laju pada papan kekunci. Masih meletak harapan akan menjumpai entry tadi. Selesai sepuluh minit. SEPULUH MINIT OKEH?! Putusasa ~_~ rasa mahu menangis pun ada T_T, kemudian aku berfikir sejenak, “Bila Allah tidak mengingikan sesuatu, pasti tidak Dia membenarkannya berlaku” dan AKU REDHA (:
PSST : sebenarnya entry aku yang lepas tu tajuknya BERTUHANKAN CINTA. Entry pasal segilintir anak muda yang cintanya pada bukan yang sepatutnya sehingga taksub. Aku jelek melihat senario ini. Cukup sampai disini. *tidak mahu entry ini hilang lagi jika aku terus bercerita perihal orang lain -,-*
SINGKAT
Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaa tidak ber-blog ! kurang seminggu mahu setahun tidak update entry. *kau bukan ada follower pun rubi!* Idea sering berlegar legar pada ruang minda namun masa sangat mencemburui. Kerja yang berlambak lebih cempuru padaaku sebenarnya. Tahun 2012 yang penuh suka duka gembira tangis tawa sedih. Aku menjad isemakin berusia untuk tahuntahun berikutnya. Semoga aku menjadi khalifah yang lebih mengagungkan PenciptaKu. Amin -.-
2013. Mahu bisa lebih aktif selepas ini. Sekeliling aku punya cerita, akan aku kongsi luah hampir semuanya disini kerana aku semakin malas mencoret pada buku. Ingin menjerit pada masyarakat sepertinya kurang siuman, maka aku akan berbicara dengan jejariruncing lincah menekan kekunci = update entry !
InShaaAllah ;)
Wednesday, December 28, 2011
” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
^____________^ senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan. SubhanaAllah. Allah menjanjikan jodoh yang terbaik buat segenap makhlukNya. Dia menciptakan jantan betina, lelaki dan wanita berbeza untuk disamakan dan diHalalkan bagiNya. Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya. Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.
Lagi janji Allah untuk mereka yang ingin berkahwin :)
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin-berkahwin/#ixzz1hrm7P3Gl
Sebelum dia halal bagiku, aku berdoa berharap semoga dia melengkapkan dirinya untuk menjadi pengemudi layar bahtera kami dan anak2 kami. InsyaAllah.
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin
Lagi janji Allah untuk mereka yang ingin berkahwin :)
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
.
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin-berkahwin/#ixzz1hrm7P3Gl
Friday, December 23, 2011
Merancang keluarga
Kali ini bercerita tentang perancangan keluarga pula. Kajian yang dibuat hanya bagi mengkaji kebaikan merancang keluarga, tetapi tidak pernah mengkaji keburukan merancang untuk menghadkan keluarga. Di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, jumlah orang islam hanyalah 60% lebih. Jumlah itu termasuk orang yang ditahan di pusat serenti, yang terlibat dengan pelbagai jenayah, gejala sosial, menghidap penyakit AIDS dan sebagainya. Bakinya pula hanya beberapa peratus sahaja yang betul- betul menghayati ajaran Islam. Apatah lagi lebih sedikit lagi yang bergerak dan bekerja untuk Islam.
Peratusan orang Islam yang sangat tinggi penting untuk menjamin kekuasaan politik dan jumlah pengundi agar tidak dikuasai oleh orang bukan Islam. Semakin bertambah jumlah orang bukan Islam, ditambah pula semakin kuat cengkaman ekonomi meraka akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku. Lihat sahaja jumlah kerusi yang mereka peroleh semakin banyak dalam parlimen dan suara mereka semakin kuat. Golongan inikah yang diharapkan membela dan memperjuangkan Islam di Malaysia? MUSTAHIL! Maka, pengehadan keluarga berbahaya untuk orang Islam. Itu bukan baru dari aspek politik dan ekonomi. Banyak lagi keburukan kalau dikaji dan diteliti secara mendalam daripada nbanyak aspek.
TENTANG MERANCANG KELUARGA
1 -- Islam menggalakkan pertambahan penduduk kerana pertambahan penduduk akan menguatkan umat Islam
2 -- Perancangan keluarga dibolehkan apabila terdapat keperluan mendesak. Keharusan tersebut bersyarat teknik pengguguran yang digunakan itu adalah diharuskan oleh syarak
3 -- Haram menggubal undang- undang yang mewajibkan rakyat membataskan atau menghadkan jumlah kelahiran
#CREDIT TO DENYUT KASIH MEDIK

Thursday, December 22, 2011
Mahar
Lagi cerita pasal Syurga Dunia =) #wink2
Saya yakin dan pasti semua tahu apa itu mahar kann kan kaaan ? Kali nak cerita lebih pasal mahar ataupun mas kahwin.
**Menurut shaleh bin Ghanim al-Sadlan dalam buku "Mahar dan Walimah", mahar atau mas kahwin merupakan hak yang ditentukan oleh syariah untuk wanita sebagai ungkapan hasrat kepada calon isterinya, dan juga sebagai tanda cinta kasih serta ikatann tali kesuciannya.
**Mahar juga disebut oleh al-Quran sebagai shidaq yang melambangkan bukti kesungguhan cinta yang dipersembahkan oleh lelaki kepada bakal teman hidupnya.
**Kesungguhannya keinginan lelaki untuk menikahi seorang wanita bukan diukur pada setinggi mana mahar yang mampu diberikan olehnya tetapi pada setinggi mana keikhlasan dan kerelaan hatinya dalam memberi mahar tersebut sama ada banyak atau sedikit. Firman Allah SWT: "Berilah mahar kepada wanita-wanita yang kaian semua nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian semua sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya" Surah al=Nisa' 4:4
**Mahar menjadi syarat sah dalam perkahwinan. Ia boleh dibayar ketika akad ataupun diberi tempoh masa (selepas akad)
**Mahar menjadi hak isteri sepenuhnya dan kewajipan ke atas suami. suami tidak berhak mengurangkan nilainya sedikit pun kecuali dengan kerelaan isteri.
**Tiada batas minimum atau maksimum dalam mahar. Namun, makruh terlalu memberatkannya menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan lain- lain:
Dalilnya ::
i -- Rasulullah SAW bersabda : "carilah mahar walaupun sekadar cincin besi" (riwayat al-Bukhari Muslim)
ii -- Rasulullah SAW bersaba lagi : "barangsiapa membayar dengan nilai satu dirham, maka ia telah sah nikahnya" (Riwayat Abu Daud)
iii -- Saidina Ali berkata : "sesungguhnya aku benci kepada mas kahwin yang kurang daripada sepuluh dirham. Hal ini kerana jangan sampai menyerupai mas kahwin pelacur"
iv -- Suatu kisah yang masyur walapun ada di kalangan ulama yang menolaknya ialah kisah Umar melarang meletakkan mahar melebihi 40 mata wang perak. Seorang wanita bangun membantahnya dengan berdalilkan Surah al-Nisa', ayat 20. Umar lalu membenarkan wanita itu
**Mahar tidak semestinya dalam bentuk material. Ia boleh dilakukan dalam bentuk syarat masuk islam seperti mahar Ummu Sulaim kepada Abu Talhah, perkhidmatan mengembala kambing selama beberapa tahun seperti mahar Nabi Musa ke atas puteri Nabi syuaib dan sebagainya.
**Maksdu memberatkan mahar ialah meminta di luar batas kemampuan calon suami atau lebih tinggi berbanding adat masyarakat.
**Sebaik- baik mahar ialah besederhana. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi sebagaimana mahar Rasulullah SAW kepada isteri- isterinya
Dalilnya ::
i -- Abu Salamah telah bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a "berapa mas kahwin yang dibayar oleh Rasulullah SAW?" Beliau menjawab "mas kahwiin yang diberikannya kepada isteri- isterinya adalah dua belas uqiyah dan satu nasy (bersamaan dengan 5oo dirham atau 1/4 dinar atau RM1oo menurut nilai harga emas 916, 22 karat semasa)"
ii -- Menurut riwayat, Rasulullah SAW tidak pernah memberikan mahar melebihi 12 uqiyah kecuali mahar Ummu Habibah kerana Raja Najasyi yang membayar mahar tersebut bagi pihak Rasulullah SAW. Nilainya ialah 4ooo dirham.
#semua ini untuk memudahkan binaan masjid ataupun syurga dunia =) InsyaAllah. Islam tidak pernah membebankan penganutnya. SubhanaAllah.
CREDIT TO "DENYUT KASIH MEDIK"

Subscribe to:
Posts (Atom)